Sunday, October 16, 2011

Kuliah Oktober

InsyaAllah kuliah seterusnya seperti berikut :

22 Oktober 2011
Solat Maghrib berjemaah
Zikir
Solat Isya Berjemaah

23 Oktober 2011
8.00 pagi - 12 tengahari
Sesi Kuliah 1

1.20 petang - 3.20 petang
Sesi Kuliah 2

Para peserta juga diingatkan agar membawa duit yuran yang tertunggak demi melancarkan perjalanan kuliah dan untuk proses pengijazahan setelah tamat pengajian pada tahun ini, InsyaAllah.

Tuesday, October 11, 2011

Asas Ruqyah ke 2 dan ke 3

Alhamdulillah, kuliah berjalan lancar di Dewan Masjid Negeri, Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din juga telah memperturunkan bacaan asas Ruqyah kedua dan ketiga untuk peserta Sabah dan WP Labuan walaupun dalam keadaan kurang sihat. Syukran jazilan!

Sesi yang bermula jam 8.00 malam oleh Tuan Guru dan berakhir dalam jam 10.30 malam. Hari Ahad, bermula dengan solat hajat dan majlis zikir yang dipimpin oleh Us. Akram Zaki. Jam 9.00 pagi, Tuan Guru hadir untuk meneruskan kuliah hingga jam 12.30 tengahari.

***
Rombongan peserta Labuan berangkat pulang pada jam 3.30 petang menaiki bas terus ke Menumbok. Dan sebahagiannya pulang menaiki bot laju, manakala yang selebihnya menaiki feri Mempakul ke Labuan.

Antara gambar yang sempat di rakam :

Tuan Guru memulakan kuliah

Merakamkan saat berharga mendengar majlis ilmu

Khusyu' mendengar kuliah Tuan Guru

Bacaan Yasin dan asas ruqyah 1,2 dan 3

Selesai dari majlis zikir Darussyifa' di masjid





Monday, October 3, 2011

Kelas Sebenar DARUSSYIFA' WP LABUAN

Pihak Darussyifa' Labuan tidak pernah menganjurkan Program Ilmu Bengkel Perdana Perawatan Islam yang telah dijalankan pada 1 Oktober 2011. Kesalahan mengguna/mengaitkan nama Darussyifa' mahupun nama Dato' Dr. Haron Din adalah amat dikesali.

Adapun yang sedang berlangsung sekarang adalah kelas Darussyifa' di Masjid Layang-Layangan, Labuan yang telah pun dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din mengikut jadual yang sering dikemaskini di dalam blog ini.

Sekian, terima kasih.

Kuliah 8 & 9 Oktober 2011

InsyaAllah kuliah pada 8 dan 9 Oktober 2011 ini dilangsungkan di Kota Kinabalu, Sabah.


AJK Darussyifa' WP Labuan telah bermesyuarat pada 2 Oktober 2011 berkenaan kuliah di Kota Kinabalu dan telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut;

Pakaian pada hari kuliah :
Kemeja/Baju Melayu Putih & Berkopiah Putih (Lelaki)
Berjubah Hitam/Menutup Aurat dan bersesuaian (Perempuan)
Tag Nama Darussyifa'

Buku yang digunakan :
Buku Asas Ruqyah
Buku ke 4 dan Buku 5


Tambang Feri : Ditanggung oleh peserta

Tambang Bas :
*Separuh di biayai oleh Darussyifa' WP Labuan
RM30 - pergi dan balik
RM15 - pergi/balik sehala sahaja

Penginapan :
Ditanggung oleh Darussyifa' Labuan (Kompleks Tabung Haji,KK-Cadangan)

Masa bertolak :
8 Oktober 2011
*berada sebelum 9.30 pagi di Menumbok (bagi sesiapa yang bertolak lebih awal untuk menaiki bas)

Masa pulang  :
9 Oktober 2011
9.00 malam (dari Menumbok ke WP Labuan)


Masa Kuliah :
8/10/2011 - 8.00 malam
9/10/2011 - dari pagi hingga petang
*Tentatif penuh akan diketahui pada hari Sabtu