Alhamdulillah, Darussyifa WP Labuan telah berjaya menjayakan aktiviti ruqyah di Terminal Labuan. Ruqyah diketuai oleh Ustaz Sahrum..
Tuesday, December 3, 2013
Monday, November 4, 2013
Pada hari Jumaat, 1/11/2013 Labuan Reinsurance telah menjemput Darussyifa WP Labuan untuk ruqyah kawasan pejabat ditingkat 4, Ujana Kewangan.
Alhamdulillah, segala program yang biasa dilakukan berjalan dengan lancar. Sumbangan juga diberikan untuk tabung Darussyifa WP Labuan. Moga Allah beri kemudahan dan kelancaran urusan kerja mereka tanpa sebarang gangguan insyaAllah.
Tuesday, October 1, 2013
Mesyuarat Khas 29 September 2013
Satu pertemuan ringkas bersama Us Aris di bangunan Darussyifa WP Labuan pada 29 September 2013. Secara ringkasnya, isi kandungan mesyuarat tersebut membawa kepada beberapa keputusan;
1. Us Aris meletakkan jawatan sebagai pengerusi kerana telah berpindah tempat kerja di Semenanjung. Maka, mesyuarat bersetuju timbalan pengerusi mengambil tempat yang telah ditinggalkan.
2.Tempat timbalan pengerusi pula digantikan oleh Ustaz Norazlan.
Isi-isi kandungan yang lain telah diminitkan oleh ustaz Zulkarnain Ali. Mesyuarat berakhir pada jam 9.30 malam.
Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada AJK Darussyifa WP Labuan menggerakkan badan ini agar dapat menyebarluaskan dakwah melalui rawatan. Tidak lupa kepada masyarakat disekeliling yang dekat mahupun jauh yang tidak pernah putus asa memberikan sokongan kepada kami semua. Syukran jazilan.
P/S : Kepada Us Aris, mantan pengerusi, kami semua mendoakan agar berjaya dan tidak melupakan ilmu pengubatan islam disana, insyaALlah. Jasamu kami kenang, moga ALlah membalasnya...
Monday, September 9, 2013
Ahli yang telah berpindah
Alhamdulillah setakat ini Darussyifa WP Labuan masih beroperasi ditempat yang disediakan. Walaupunbegitu, Darussyifa' WP Labuan telah kekurangan ahlinya kerana berpindah tempat kerja. Antara ahli yang telah berpindah;
1.Us Mohamad Aris (Pengerusi) - Negeri Sembilan
2. Us Manjuzri - Pulau Pinang
3. Us Rozi - Kuala Lumpur
Semoga ahli yang telah berpindah diberkati Allah ditempat baru dan meneruskan perjuangan Darussyifa. Buat ahli yang masih tinggal disini diharapkan teruskan perjuangan berdakwah melalui rawatan, syukran jazilan.
Friday, April 12, 2013
Kelas Darussyifa' 2013
Permohonan mengikuti kelas Darussyifa' sesi 2013 dilanjutkan sehingga bulan Jun ini.
Wednesday, March 6, 2013
Ruqyah SK Bebuloh
Alhamdulillah, Darussyifa' berjaya menyempurnakan ruqyah bangunan SK Bebuloh pada hari Selasa malam Rabu (5 Mac 2013)
Monday, February 4, 2013
Borang Kelas Darussyifa' WP Labuan 2/2013
Makluman kepada semua ahli dan pembaca blog Darussyifa' WP Labuan.
1. Pihak Darussyifa' WP Labuan masih lagi membuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas Darussyifa' WP Labuan pengambilan ke 2/2013 pada tahun ini. Sila muat turun borang yang telah disediakan diruang sebelah kanan blog (Bahagian Muat Turun 2013).
Borang yang telah siap diisi boleh dikembalikan kepada Us Aris, Pengerusi Darussyifa' WP Labuan ataupun emel kepada darussyifawpl@gmail.com
2. Manakala, bagi perawat Darussyifa' WP Labuan, jadual bertugas telah disiapkan dan diletakkan sebelah kanan blog.
Sekian, harap maklum
Subscribe to:
Posts (Atom)