Thursday, May 26, 2011

Jadual Penuh Kelas Darussyifa' WP Labuan

Assalamualaikum kepada semua peserta kelas Darussyifa' WP Labuan. Saudara/saudari boleh memuat turun jadual penuh kelas Darussyifa' yang telah disediakan. Sila lihat ruangan Muat Turun.

Jika terdapat masalah, sila hantar ke ruangan komen atau boleh emel kepada darussyifawpl@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 24, 2011

Kelas Darussyifa' Bulan Jun

InsyaAllah, kelas pada Bulan Jun ini dimulakan pada :

11 Jun 2011 (Sabtu)

6.30 petang - 8.20 malam   - Solat Maghrib berjemaah di rumah E79, Tmn. Layangan
                                              - Majlis Zikir
                                              - Solat Isya' berjemaah
                                              - Jamuan

8.30 malam - 11.00 malam - Kelas dimulakan di Dewan Tertutup Masjid Layangan.

12 Jun 2011 (Ahad)

8.00 pagi - 10.00 pagi          - Kelas
10.00 pagi - 10.15 pagi       - Rehat/Kudapan
10.15 pagi - 12.15 tgh         - Kelas bersambung
12.15 tgh - 1.30 petang       - Solat Zuhur/Rehat
1.30 petang - 3.30 petang   - Kelas


* Pakaian seperti yang sudah sedia maklum.

Sunday, May 22, 2011

Perasmian Darussyifa' WP Labuan

Alhamdulillah, pada 21 Mei 2011 Darussyifa' WP Labuan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Segala program yang telah dirancang berjaya dilaksanakan. Cuma hanya terdapat perubahan iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din meneruskan kelas pengajian pada malam bermula jam 8.15 malam hingga 10.30 malam. Terima kasih Tuan Guru!







Thursday, May 12, 2011

Tentatif 21 Mei 2011

Assalamualaikum wbt.

Sebagai makluman kepada semua peserta, pihak Darussyifa' Cawangan WP Labuan telah pun merangka tentatif pada 21 Mei 2011 ini. Tentatif berikut telah diletakkan di ruangan MUAT TURUN (disebelah kanan pembaca). Dan sila klik ikon anak panah ke bawah bagi muat turun fail tersebut.

Sila maklumkan jika anda tidak dapat membuka fail tersebut.

Sekian, terima kasih.