Tuesday, October 1, 2013

Mesyuarat Khas 29 September 2013

Satu pertemuan ringkas bersama Us Aris di bangunan Darussyifa WP Labuan pada 29 September 2013. Secara ringkasnya, isi kandungan mesyuarat tersebut membawa kepada beberapa keputusan;

1. Us Aris meletakkan jawatan sebagai pengerusi kerana telah berpindah tempat kerja di Semenanjung. Maka, mesyuarat bersetuju timbalan pengerusi mengambil tempat yang telah ditinggalkan.

2.Tempat timbalan pengerusi pula digantikan oleh Ustaz Norazlan.

Isi-isi kandungan yang lain telah diminitkan oleh ustaz Zulkarnain Ali. Mesyuarat berakhir pada jam 9.30 malam.

Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada AJK Darussyifa WP Labuan menggerakkan badan ini agar dapat menyebarluaskan dakwah melalui rawatan. Tidak lupa kepada masyarakat disekeliling yang dekat mahupun jauh yang tidak pernah putus asa memberikan sokongan kepada kami semua. Syukran jazilan.

P/S : Kepada Us Aris, mantan pengerusi, kami semua mendoakan agar berjaya dan tidak melupakan ilmu pengubatan islam disana, insyaALlah. Jasamu kami kenang, moga ALlah membalasnya...