Saturday, March 17, 2012

Rawatan di PML Labuan

Alhamdulillah, 15 Mac 2012 Darussyifa WP Labuan telah selesaikan membuat rawatan banggunan di Petronas Methanol Labuan (PML). Aktiviti yang dimulakan dengan taklimat ringkas, Solat Maghrib, Zikir dan Solat Isya'. Kemudian, sebelum memulakan rawatan, PML memberikan taklimat keselamatan selama 15 minit.

Mudah-mudahan Allah berikan keselamatan dan keamanan kepada semua staff dan segala operasi di PML. Allahumma amin.


Thursday, March 15, 2012

Doa untuk Tuan Guru...

Assalammu'alaikum wbt.

Insya-Allah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (TGUH) akan berangkat ke Stanford Hospital, San Francisco USA pada awal pagi Ahad (18-Mac-2012 @ 1:00 Pagi). Atas nasihat doktor-doktor pakar di IJN, TGUH perlu menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital dengan kadar yang segera. Pada kali ini mungkin akan berlaku pembedahan yang agak complicated. TGUH mungkin akan berada sebulan di San Francisco dan akan ditemani isteri, Ustazah Datin Khadijah, anak-anak Dr. Huda, Ustaz Hamdi, Ustaz Najmi dan menantu Dr. Azlin.

Pesan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Kalian".

Wassalam 

Sunday, March 4, 2012

Konvokesyen ditangguhkan

Makluman :

Konvokesyen Darussyifa' WP Labuan ditangguhkan berikutan jadual Tuan Guru ke U.S atas urusan pemeriksaan lanjutan.

Syukran, dan diharap kita mendoakan kesembuhan bagi Tuan Guru.