Sunday, November 25, 2012

Makluman November 2012

Assalamualaikum wbt,

Ada beberapa makluman bagi bulan November 2012:


1.
InsyaAllah pihak Darussyifa' WP Labuan akan membuka penyertaan bagi pengambilan kelas Darussyifa' bagi sesi 2013 Batch Ke 2 bermula Januari 2013. Pihak AJK Darussyifa' sedang merangka dan menyiapkan borang pengambilan yang baru. Tuan/puan yang berminat khususnya yang berada di WP Labuan, boleh merujuk terus Darussyifa' WP Labuan.

2.
Rawatan seperti biasa pada Isnin dan Khamis pada waktu cuti sekolah. Manakala, bagi rawatan rumah/banggunan bolehlah mendapatkan temujanji terlebih dahulu.

3.
Bagi ahli Darussyifa' WP Labuan yang masih berada di Labuan diharap dapat menghadirkan diri dalam majlis zikir setiap Ahad. Begitu juga dialu-alukan menghadirkan diri pada hari rawatan pada Isnin dan Khamis.

Wassalam

Monday, November 12, 2012

AJK Darussyifa' 2012/2013

Berikut adalah AJK Darussyifa' WP Labuan 2012/2013;


            Pengerusi                    : Ustaz Mohamad Aris bin Ahmad
            Tim Pengerusi             : Ustaz Zulkarnain bin Ali
            Setiausaha                   : Ustaz Hadnan bin Hj Mohamad
            Tim Setiausaha            : Ustazah Hasinah bt Alwi
            Bendahari                    : Ustaz Saiful Rizal bin Abdul Jabar
            Tim Bendahari            : Ustaz Razali bin Mahmud

            AJK peralatan & selenggaraan
            i.          Ust Syed Najmuddin bin Syed Omar
            ii.         Ust Ahmad Jonit bin Mohd Aling
            iii         Ust Mohd Faizal bin Abdul Muhaini

            AJK Kebajikan. Rekreasi & sukan
            i.          Ust Hj Safarudin bin Jaafar
            ii.         Ustaz Nor Asimah bt Zakaria
            iii.        Ust Mohd Sofieyan bin Yusop

            AJK ICT
            i.          Ust Manjuzzri Azim bin Mohamad
            ii.         Ust Sahrum bin Samlan

            AJK Koperasi
            i.          Ust Zainal bin Wahab
            ii.         Ustz Suzizntie bt Abdul Hamid

            AJK Kebersihan & Keceriaan
            i.          Ust Hassan bin Mohd Noor
            ii.         Ustz Sakinah bt Abdullah

            Juru Audit Dalaman:
            i.          Ust Hj Yundi bin Suyut
            ii          Ust Azmee bin Osman

Wednesday, November 7, 2012

Mesyuarat Agung Kali 1/2012


InsyaAllah pada hari ini akan berlangsung Mesyuarat Agung 1/2012. Diharap kepada semua ahli Darussyifa' WP Labuan dapat menghadirkan diri bagi melicinkan lagi mesyuarat tersebut.

Syukran.

Monday, October 15, 2012

Majlis Konvokesyen Darussyifa' Sabah & WP Labuan


Alhamdulillah, majlis Konvokesyen berjalan dengan lancar yang berlangsung di Taha D'Bayu, Kota Kinabalu, Sabah. Berikut adalah galeri gambar yang dikutip dari grup FB Darussyifa' WP Labuan;




Tuesday, October 9, 2012

Program dan Tentatif Konvo

13/10/2012 Bandar Siera

9.00 pagi - Raptai Konvo

1.30 tghari - Ceramah Tuan Guru Dr. Haron Din (Berbaju kemeja putih)

8.00 mlm - Ceramah Umum Tuan Guru

14/10/2012 Tentatif Konvokesyen


Monday, October 8, 2012

Persiapan Menjelang Konvo

Darussyifa' WP Labuan seperti biasa menjalankan majlis zikir pada setiap hari Ahad. Memandangkan pada 14 Oktober 2012 akan datang menjelangnya konvo, maka ahli-ahli yang bakal diijazahkan memulakan latihan untuk melancarkan hafazan dan majlis tersebut. Ruqyah 1 dibacakan oleh Ustaz Norazlan Mahmood.

Berikut adalah galeri yang sempat dirakamkan :



Mudah-mudahan majlis konvokesyen nanti akan berjalan dengan lancar dengan izin Allah Ta'ala.

Monday, July 30, 2012

29 Julai 2012, Petronas Methanol Labuan - Darussyifa' WP Labuan sekali lagi dijemput untuk menyempurnakan solat hajat di surau PML berikutan mangsa yang masih belum dijumpai setakat 29 Julai 2012. Tentatif program;


6.37 - Iftar Jamaie'
        - Solat Maghrib berjemaah
        - Solat Hajat - diimamkan oleh Pengerusi Darussyifa' WP Labuan
        - Solat Tarawikh - diimamkan oleh Ustaz Jonid
        - Bacaan Yasin
        - Moreh

Majlis berakhir pada jam 9.30 malam. Pada masa yang sama, terdapat 10 orang pesakit yang sedang menunggu giliran mereka di Pusat Rawatan Darussyifa', Sg Bedaun. Walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar.


Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem, itulah kedatangan ramadhan, bulan paling agung disisi Allah.

Mari beramal!


Rawatan pada bulan Ramadhan : Setiap Ahad jam 9.00 malam

Monday, July 9, 2012

Jumaat, 6 Julai 2012 - Darussyifa' WP Labuan telah dijemput untuk melakukan rawatan di Plan 1, Petronas Methanol WP Labuan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak Petronas Methanol dan beberapa orang perawat Darussyifa' yang hadir.

Berikut adalah beberapa gambar-gambar yang sempat dirakamkan :







Wednesday, July 4, 2012

Pada 4/7/2012, Darussyifa' WP Labuan telah dijemput untuk merawat bangunan bilik guru baru SK Bukit Kalam. Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat membaca yassin dan zikir. Kemudian, menunaikan Solat Isya' dan disudahi dengan merawat banggunan tersebut.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan :





Monday, April 2, 2012

Lokasi baru Darussyifa' WP Labuan

Assalamualaikum

Lokasi baru Darussyifa' WP Labuan di Taman Mutiara, Sg. Bedaun, WP Labuan. Pada 1 April 2012, telah dijalankan majlis zikir dan telah selesai beberapa kerja gotong-royong disana. Antara gambar-gambar yang sempat dirakam;








Antara gambar snap dari google (kedudukan qiblat di lokasi baru) :

Saturday, March 17, 2012

Rawatan di PML Labuan

Alhamdulillah, 15 Mac 2012 Darussyifa WP Labuan telah selesaikan membuat rawatan banggunan di Petronas Methanol Labuan (PML). Aktiviti yang dimulakan dengan taklimat ringkas, Solat Maghrib, Zikir dan Solat Isya'. Kemudian, sebelum memulakan rawatan, PML memberikan taklimat keselamatan selama 15 minit.

Mudah-mudahan Allah berikan keselamatan dan keamanan kepada semua staff dan segala operasi di PML. Allahumma amin.


Thursday, March 15, 2012

Doa untuk Tuan Guru...

Assalammu'alaikum wbt.

Insya-Allah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (TGUH) akan berangkat ke Stanford Hospital, San Francisco USA pada awal pagi Ahad (18-Mac-2012 @ 1:00 Pagi). Atas nasihat doktor-doktor pakar di IJN, TGUH perlu menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital dengan kadar yang segera. Pada kali ini mungkin akan berlaku pembedahan yang agak complicated. TGUH mungkin akan berada sebulan di San Francisco dan akan ditemani isteri, Ustazah Datin Khadijah, anak-anak Dr. Huda, Ustaz Hamdi, Ustaz Najmi dan menantu Dr. Azlin.

Pesan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Kalian".

Wassalam 

Sunday, March 4, 2012

Konvokesyen ditangguhkan

Makluman :

Konvokesyen Darussyifa' WP Labuan ditangguhkan berikutan jadual Tuan Guru ke U.S atas urusan pemeriksaan lanjutan.

Syukran, dan diharap kita mendoakan kesembuhan bagi Tuan Guru.

Monday, February 20, 2012

Konvokesyen Darussyifa' WP Labuan

Makluman :

Konvokesyen akan diadakan pada pada ketetapan berikut :

Tarikh                 : 17 Mac 2012 ( Sabtu )
Pakaian              : Lelaki - jubah putih berkolar
                              Perempuan - tudung dan jubah hitam
Bayaran Konvo : RM200 setiap peserta

Tentatif dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Tahniah dan selamat berkonvo!

Monday, January 16, 2012

Kelas 21 dan 22 Januari 2012

Alhamdulillah,tasmik berjalan dengan lancar.

InsyaAllah, gambar tasmik akan dimuatkan di dalam blog ini.

Bagi yang belum tasmik, bolehlah berjumpa terus Us. Hilmi untuk urusan tasmik. Dan perlu diingat tasmik hanya boleh dibuat sebelum 15 Februari 2012. Tarikh tersebut juga adalah tarikh akhir penerimaan yuran untuk melicinkan proses pengijazahan Darussyifa pada bulan Mac 2012.

Tahniah kepada ahli yang berjaya di dalam tasmik Asas Ruqyah 1 hingga 3 dan tasmik herba.

Thursday, January 12, 2012

Senarai Kumpulan Tasmik Herba

Berikut adalah nama-nama mengikut kumpulan bagi tasmik herba pada 15 Januari ini. Setiap kumpulan perlu menyediakan herba dan cara-cara rawatannya mengikut penyakit yang telah ditentukan.



Kumpulan Pertama :
(batu karang & kencing manis)



1. Zulkarnain Ali
2. Ahmad Junid Mohd Aling
3. Ahmad Rohaizat Yusof
4. Awang Addy Daud
5. Azmee Osman
6. Azri  Iberahim
7. Hassan Mohd Noor
8. Hassan Zahari
9. Zulkiflee Ag. Samad


Kumpulan Kedua:
(penyakit sendi & penyakit kulit)



1. Hj. Yondi @ Yundi Siyut
2. Hj, Yunus Yussof
3. Jasmi Sabtu
4. M. Khairun Kamaruzaman
5. Mahazi Ibrahim
6. Manjuzri Azzim Mohamad
7. Maslan Mat Sidek
8. Mohd Sofieyan Yusop

Kumpulan Ketiga :
(sawan dan lelah)


1. Hadnan Hj Mohamad
2. Mohamad Aris Ahmad
3. Mohd Azwan Saad
4. Mohd Faizal Abd Muhaini
5. Mohd Ma'arof Emran
6. Mohd Nor Wab
7. Mohd Razali Mahmud
8. Mohd Rodzi Osman

Kumpulan Keempat :
(batuk  & darah tinggi)


1.Sahrum Samlan
2. Hj. Safarudin Jaafar
3. Mohd Yazid Najmi Mohamad Ali
4. Norazlan Mahmood
5. Muhamad Asri Bakar @Jamaludin
6. Saiful Rizal Abdul Jabar
7. Hj. Sanif Jacob
8. Syed Najmuddin Syed Omar
9. Zainal Abdul Wahab

Kumpulan Kelima :
(gangguan & demam campak)

1. Siti Nur Abdullah
2. Hasnah Haris
3. Noor Malaysia Purnama
4. Nur Asimah Zakaria
5. Sakinah Abdullah
6. Sina @ Hasinah Alwi
7. Suziantie Abdul Hamid
8. Ana Hairani Ahmad

Monday, January 9, 2012

Makluman

Makluman kepada semua peserta Darussyifa' WP Labuan bahawa 14 dan 15 Januari ini kita akan memulakan sesi ujian tasmik. Manakala, 21 dan 22 Januari 2012 kuliah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Dr Huda dan Dr Azlin diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Selamat menghabiskan hafazan tasmik dan moga dapat menghadirkan diri ke kuliah tersebut. Syukran.

Nota :

14 - 15 Januari - Tasmik
21 - 22 Januari - Kuliah di KK, Sabah