Saturday, July 2, 2011

Kelas Tajwid Darussyifa'

Assalamualaikum wbt


Kelas Tajwid akan dimulakan selepas majlis zikir mulai 3 Julai 2010 di tempat yang sedia maklum. Ini adalah bertujuan bagi menambah baik mutu bacaan peserta Darussyifa' WP Labuan. Di samping itu, tasmik juga akan dijalankan secara berkumpulan bagi memudahkan ketua menilai dan menyemak bacaan ahli-ahlinya.

Buat makluman juga bahawa selain kelas Tajwid, kelas Feqah dan Tauhid akan diselang selikan setiap minggu bagi memantapkan ilmu kepada para peserta Darussyifa' WP Labuan.

No comments:

Post a Comment