Sunday, November 25, 2012

Makluman November 2012

Assalamualaikum wbt,

Ada beberapa makluman bagi bulan November 2012:


1.
InsyaAllah pihak Darussyifa' WP Labuan akan membuka penyertaan bagi pengambilan kelas Darussyifa' bagi sesi 2013 Batch Ke 2 bermula Januari 2013. Pihak AJK Darussyifa' sedang merangka dan menyiapkan borang pengambilan yang baru. Tuan/puan yang berminat khususnya yang berada di WP Labuan, boleh merujuk terus Darussyifa' WP Labuan.

2.
Rawatan seperti biasa pada Isnin dan Khamis pada waktu cuti sekolah. Manakala, bagi rawatan rumah/banggunan bolehlah mendapatkan temujanji terlebih dahulu.

3.
Bagi ahli Darussyifa' WP Labuan yang masih berada di Labuan diharap dapat menghadirkan diri dalam majlis zikir setiap Ahad. Begitu juga dialu-alukan menghadirkan diri pada hari rawatan pada Isnin dan Khamis.

Wassalam

No comments:

Post a Comment